Review oleh Fyra
Rating:
Dalam post Tips Bina Laman Web bahagian 3, anda akan pelajari cara bina laman web menerusi lakaran dan kemudian membinanya di Dreamweaver dan Photoshop
Bagi anda yang baru memasuki ruangan post ini, diharap anda dapat membaca terlebih dahulu Tips Bina Laman Web 1 dan Tips bina laman web 2 bagi membolehkan anda memahaminya dengan lebih mendalam.
Tips Bina Laman Web : Bina melalui lakaran kertas.
Ok, dalam tips bina laman web yang pertama ini, anda perlu memilih atau perlu mengetahui konsep laman web yang ingin anda bina itu tadi.
Ada pelbagai jenis konsep laman web yang boleh anda pilih, samada berkonsepkan kartun atau korporat atau shopping atau mengikut apa sahaja kehendak yang anda suka.
Selepas itu, pastikan anda menulis konsep itu terlebih dahulu di kertas kosong yang bakal anda gunakan untuk hasilkan lakaran. Ini bagi memastikan anda tidak kehilangan fokus dan juga idea semasa membuat lakaran nanti.
Bagi anda yang tiada idea atau kekurangan idea, jangan lupa membaca post Cari Idea Design Grafik ini tau.
Kemudian, setelah semuanya siap, anda hasilkan lakaran mengikut design laman web yang anda pilih dan kemudian ubahkannya mengikut konsep laman web yang anda inginkan.
Jangan takut untuk meniru ye.
. Meniru untuk belajar tidak salah tau. Contoh lakarannya anda boleh lihat berdasarkan gambar diatas.
Tips Bina Laman Web : Bina Lakaran di Dreamweaver
Ok, setelah selesai lakaran yang anda buat, anda binanya di dalam dreamweaaver. Pasti anda pelik bukan, kenapa saya membuatnya terus melalui dreamweaver, tapi bukan pada photoshop.
Ok, sini ada sedikit jawapan untuk kurangkan keraguan anda itu. Apabila anda membinanya di Dreamweaver, anda boleh mengetahui saiz banner atau ruangan yang anda perlukan.
Malah melalui ini, anda boleh meminimumkan risiko saiz banner yang terlebih atau terkurang dan juga membolehkan anda nampak design yang anda ingin buat dengan lebih jelas lagi.
Oh ye, untuk warna, anda bebas memilih apa sahaja sebagai permulaan.
, Contoh anda boleh lihat pada gambar diatas.
Tips Bina Laman Web : Bina di Photoshop.
Ok, setelah siap 2 langkah diatas, anda boleh mula membinanya di Photoshop. Dan ingat, jangan lari daripada konsep yang ingin anda buat tau.
Dan melalui photoshop juga, anda boleh memilih gabungan warna yang menarik dan mengikut konsep yang anda inginkan. Setelah semuanya siap, jangan lupa untuk mengujinya tau.
Dan pastikan juga gambar yang anda buat di Photoshop, di optimum saiz dan kualiti sebaik mungkin bagi membolehkan gambar itu dibuka dengan pantas disamping kualiti yang baik.
Oh ye, contoh gambar diatas ini adalah berdasarkan konsep laman web korporat tau. Jadi penggunaan warnanya agak terhad sikit.
Tips Bina Laman Web : Penutup
Ok, setakat ini perkongsian saya mengenai tips bina laman web bahagian 3. Sekiranya ada ruangan masa lagi, saya akan kongsikan pelbagai informasi menarik untuk anda. Sekiranya anda ada pertanyaan, jangan segan-segan beritahu di ruangan komen ye.




thanks untuk tips ini. Boleh juga saya gunakan untuk permahaman terhadap sistem laman web ni
Welcome herikembar
… hehe laman web ni seronok dibuat kalau faham (^__^)