Review oleh Fyra
Rating:
Design tak cantik, Anda dipecat!!! Itu lah antara sebutan paling ditakuti oleh para Pereka Laman Web. Biasa lah, ada sebab kenapa bos pecat pereka laman web mereka. Tapi siapa sebenar bos anda ni?
Pelanggan adalah bos setiap pereka laman web.
Tak lain tak bukan, pastinya pelanggan anda. Yap itu lah bos sebenar anda tau. Dan bos kedua anda baru lah pemilik syarikat yang anda kerja tu.
Tapi kena pula kena pecat?

Hermm persoalan juga ni. Tapi pendek kata, kesemuanya disebabkan diri anda. Yela, nak salahkan orang lain tak boleh, jadi nak tak nak, anda kena tahu apa sebabnya diri anda tu dipecat.
Kena pecat menjadi persoalan pereka laman web
Mungkin disebabkan anda kekurangan kemahiran? Atau anda kurang berinteraksi dengan pelanggan? Atau mungkin juga sebab anda tiada pengalaman. Walaupun anda masih baru dalam bidang laman web ni tapi tak semestinya anda tidak akan dipecat.
Ye, bos memang kejam tapi anda akan jadi lebih kejam kalau disebabkan kekurangan diri anda, syarikat bos anda menghadapi zaman kejatuhan.
Jadi bagaimana pula nak atasi masalah ni?
Jawapannya mudah, anda perlu cari kelebihan diri anda. Ye, anda mungkin tak pandai design tapi anda mahir dengan programming sistem laman web, jadi tak ada sebab kenapa bos perlu pecat pereka laman web seperti anda ni.
Kedua, kalau anda rasa tiada kelebihan, anda perlu banyakkan latihan untuk membaiki kemahiran anda. Jadi bila anda buat begini, bos anda pasti memberi sedikit masa untuk lihat kemajuan diri anda.
Tapi bagaimana pula dengan bos utama a.k.a pelanggan anda?
Ohh untuk itu, anda kena lebih berinteraksi dengan pelanggan anda itu. Katakan pada pelanggan anda, anda sedang berusaha membaiki design yang anda rekakan untuk dia.
Tapi jangan sekadar cakap je tau, pastikan anda telah siapkan lakaran terlebih dahulu dan jangan ambil masa yang terlalu lama tau. Nanti pelanggan akan bosan dengan diri anda dan mereka tak ragu-ragu untuk pecat pereka laman web seperti anda ni.
Jadi bagaimana kalau lakaran tu masih tak menepati citarasa pelanggan anda?
Yang ni anda perlu berterus-terang dengan pelanggan anda. Katakan sejujur-jujurnya tau. Dan berikan dia salah satu servis yang dia mahukan.
Sebagai contoh, pelanggan anda meminta anda membina laman web jualan baju tapi anda tidak dapat membinanya mengikut citarasa dia.
Jadi tawarkan pada dia servis promosi seperti mengiklankan barangan dia atau apa sahaja yang anda rasa anda mampu buat.
Jadi bila anda buat begini, pelanggan anda tidak akan rasa kerugian, bahkan dia akan berjumpa dengan anda untuk membina laman web yang lain.
Ok, setakat ini dulu post saya mengenai pecat pereka laman web anda, sekiranya ada masa lagi, saya postkan informasi menarik untuk anda. Jangan lupa klik like dan komen ye : -)


Berenti dan buka syarikat sendiri lagi bagus.
hehe kalau dah bersedia dari segi pemasaran dan rekabentuk, baru boleh bukak
bagus gak tips nih sebb aku pon ada buat servis rekabentuk laman web nih.
hope tips nih membantu aku dari hilang customer. ngee
thanks bro
Jom Baca Entry Daripada hisham di Repost: Mission in action atau Missing in action ?
welcome bro
… Hope dpt berikan manfaat pada bro ^_^
salam…
Waalaikummusalam