Di Malaysia, amat ramai orang yang bergelar peniaga. Malahan ianya semakin bertambah setelah kehadiran Facebook Fan Page disamping popular dijadikan perkerjaan tambahan. Jadi bagaimana pula teknik jualan berkesan yang ingin digunakan bagi anda kekal menjual? Jom ikuti saya bongkarkan teknik ini.
Terangkan Kelebihan Atau Manfaat Produk / Perkhidmatan Anda
Bermula daripada awal, anda perlu mengetahui apa kelebihan produk @ Perkhidmatan yang anda promosikan.
Sebagai contoh, saya adalah penjual tudung, dan seperti yang anda ketahui, banyak peniaga tudung ini wujud di Malaysia, jadi bagaimana caranya untuk saya kekal menjual?
Mudah sahaja, melalui kelebihan. Tapi kelebihan yang bagaimana saya gunakan?
